Tuesday, June 22, 2010

Sri Patani Heritage

Cetusan Memori

Dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Patani pada November, 1786 oleh Maharaja Siam, rasa hati kecil saya amat terhiris lantaran bermula dari saat itulah sejarah Kesultanan Melayu Patani akan menghadapi zaman kelam yang tiada hujung tepinya. Banyak khazanah lama yang berharga akan musnah dan hilang.Atas kesedaran itulah, saya sebagai insan kerdil ini, mula menyimpan seberapa banyak khazanah warisan Sri Patani yang dapat saya kumpul untuk dijadikan sebagai kenangan abadi kepada keluarga dan generasi yang akan datang.


Pesaka berzaman:

Telur itik dari Senggora,
Pandan terletak dilangkahi,

Darah menitik di Singapura,

Badan terletak di Langkawi.


Menjadi suatu kenangan tentang kemusnahan suatu kerajaan.


Kesedaran untuk mengumpul bahan-bahan berkenaan mula terukir apabila saya mula membaca buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani pada tahun 1961 dan Hikayat Patani selepas itu. Pelbagai jenis senjata warisan Melayu Patani dan lain-lain saya kumpul sekadar yang terdaya.


Melawat Forklore Museum di Songkhla dan melihat cara pengumpulan barang-barang antik oleh Kerajaan Thailand disana memberi gambaran betapa hilangnya kesedaran orang-orang Melayu Patani mengolah khazanah lama keagungan Kerajaan Melayu Patani untuk di simpan sebagai keagungan dan kemegahan peninggalan warisannya


Sebermula adapun Sultan Manzur Syah itu ada berputera tujuh orang, lima orang perempuan, dua orang laki-laki; dan yang tua itu bernama Raja Ijau dan yang kedua bernama Raja Biru dan yang ketiga bernama Raja Ungu dan keempat bernama Raja Kuning dan ............. Hikayat Patani.


(Suatu keluhan sepi)